Wednesday, June 18, 2014

aDa tetapi tidak nampak

Merasakan seperti ada, tetapi realitinya tiada. Umpama tasik yang penuh dengan air yang dijaga dengan rapi diisi dengan air tetapi hakikatnya tiada apa yang boleh diperolehi di dalam nya..hanya batu yang penuh dengan lumut-lumut yang tiada guna hanya mengakibatkan tergelincir manusia jika cuba berdiri diatas batu tersebut. Perumpamaan yang sesuai digunakan dengan masa yang berlaku ketika ini. tiada apa yang boleh dibuat hanya dipandang sepi hanya bebanan yang perlu ditanggung oleh mereka.

Mereka mengangap tiada apa yang boleh diperolehi oleh dia yang hanya mampu tersenyum, tersengih namum masih juga tiada apa yang berlaku. Salah siapa???Ya, salah dia yang tidak mampu membawa diri pergi lebih jauh dengan tanggungjawab yg diberi sehingga dianggap sebagai bebanan yang hanya menyusahkan mereka.Mereka???mereka tidak perlu atau ingin tahu masalah dia dan hanya mahukan keputusan yang baik sahaja.

Kesilapan yang sentiasa diulang kesilapan yang sentiasa tidak dapat dibetul. Keadaan yang meruntun untuk terus hidup di dalam kekosongan. Sering kali cuba mengenang masa lalu dan sering mengeluarkan perkataan 'kalau' tetapi apa yang telah terjadi telah terjadi. Tiada yang boleh dilihat kembali. Hanya pengajaran sahaja yang akan dikenang tetapi masa itu tidak mungkin kembali.
Ya Allah..hanya dia yang mampu merubah segalanya..hanya dia yang mampu mencoret yang baru.kepada hanya tempat mengadu.

Coretan bebaur emosi penuh keinsafan penuh kesesalan. Moga tabah menghadapi masa-masa yang mendatang. Amin..

No comments:

Post a Comment